Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Mar 17, 2011

20 Fakta Menarik Tentang Islam


Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. lihat video disini
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11. klik untuk lihat video
Makam Nabi Muhammad S.A.W.
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. artikel lanjut di sini
14.  Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15.  Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16.  Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17.  Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18.  Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19.  Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20.  Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Mar 8, 2011

Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah (True Story)

Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang kedua orang tuanya adlah doktor. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

  
Pada usia semuda ini, Bar'ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat pintar dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah matang berbanding kanak-kanak yang seusianya. Keluarganya amat komited terhadap agama Islam dan ajaran-ajarannya. Hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang agak kronik dan setelah beberapa kali diperiksa, di kesan ibu Bar’ah menderita penyakit barah, dan barah ini sudah dalam keadaan yang kritikal.

Ibu Bar’ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak dapat berjumpa ibunya lagi disampingnya. Ibu bar’ah berpesan kapada anaknya “Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.. “

Gadis kecil itu tidak mengerti dan memahami sepenuhnya apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke wad untuk waktu yang agak lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu balik sekolah untuk menjenguk ibunya di wad dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehinggakan ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah bar’ah bahwa keadaan istreinya itu sangat teruk dan ia perlu datang secepat mungkin. Ayah Bar’ah segera menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital, Ayah Bar'ah memintanya untuk tinggal di kereta. Ini supaya Bar'ah tidak terkejut  jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk ke dalam hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dan melanggar ayah Bar’ah dan dia meninggal di tempat kejadian di depan puterinya itu…tak terbayangkan ..tangis gadis kecil pada saat itu…

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di situ. Berita kematian ayahnya yang terpaksa disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih terlantar di wad, namun setelah lima hari selepas kematian suaminya akhirnya ibu Bar’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Ibu Bapa rakan-rakan sekolah Bar’ah memutuskan untuk mencari kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh menjaganya.

Tak berapa lama tinggal di mesir, gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya. Setelah beberapa kali diperiksa, Bar'ah didapati mengidap kanser. Sungguh memeranjatkan ketika ia di beritahu menderita kanser. Inilah kata-kata Bar’ah ketika  itu: “Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya.”

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya. Subhanallah..

Orang ramai mulai mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya, dan pihak Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya. Pihak Saudi mengirimnya ke Britain untuk mendapatkan rawatan penyakit ini.

Salah satu saluran TV Islam Al Hafiz dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran. Dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar’ah.


Mereka menghubungi lagi Bar’ah sebelum ia pergi ke bandar Coma dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan menyanyikan Nasyid.

Hari-hari berlalu dan barah mula merebak ke seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan dia bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya … tapi beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, barah telah menyerang ke otaknya. doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bar’ah berada di sebuah rumah sakit di Britain untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Berdoalah untuk Bar’ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Video bar’ah lainnya .. .


Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu [ Al Baqarah : 45 ]

Mar 6, 2011

Lihatlah Perbezaan Ini dan Jadilah Hamba Yang Bersyukur

Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)


Baik kepadamu maupun kepada nabi sebelummu telah diwahyukan: "Jika engkau mempersekutukan Tuhan, maka akan terbuang percumalah segala amalmu dan pastilah engkau menjadi orang yang merugi. Karena itu sembahlah Allah olehmu, dan jadilah orang yang bersyukur (Az-Zumar: 65-66)

Masakan Allah akan menyiksamu juga jika kamu bersyukur dan beriman? Malah Allah adalah pembalas jasa kepada orang mukmin yang bersyukur serta Maha Mengetahui. An-Nisa: 147


Ayat ini bersama dengan sejumlah ayat lain memberikan berita baik kepada orang-orang yang bersyukur kepada pencipta mereka:


Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) Karunia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23) Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35)


"Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu" (An-Nahl: 18).










Nov 13, 2010

Muhammad In The Bible


Video ini adalah sedutan Ahmad Deedat membicarakan tentang Nabi Muhammad di dalam bible. Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut di sini, anda boleh menonton sendiri video tersebut di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua dan menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap Islam. Insya Allah.
Siapakah Ahmed Deedat?

Inilah seorang hamba Allah yang telah berdepan secara langsung dengan para ahli teologi Kristian pada satu ketika dulu ( sehingga awal 90-an). Jimmy Sawggart, Dr. Anees Shoroos, Prof Floyd, dan ramai lagi adalah nama-nama ahli teologi Kristian yg pernah kecut perut bila berdebat dgn beliau dalam mengupas dan membandingkan asas agama Kristian dan Islam.

Oct 12, 2010

The Devine Book

Sebuah dokumentari tentang kesamaan yang dinafikan antara dua agama yang paling besar di dunia iaitu Kristian dan Islam, dan perbezaan yang dibuat oleh kebodohan manusia. Kisah ini menyelami sifat Tuhan Yang Maha Esa, dan satu mesej besar yang sama disampaikan oleh Nabi Musa, Isa, dan Muhammad. Semuanya nabi-Nya. Dokumentari ini harus ditonton oleh setiap orang yang mencari kebenaran mutlak tentang ilahi. Terima kasih kepada Noreaga dan pasukannya untuk siri luar biasa ini.










Sep 20, 2010

Tiada Bezanya Apabila Bukan Islam Membakar Al-Quran Dan Yang Mengaku Islam Menolak Al-Quran.



Alex Stewart seorang Ateis dalam klip video yang bertajuk
 'Injil dan al-Quran, mana satu terbakar lebih baik'.

Seluruh dunia mengecam tindakan seorang paderi Kristian dari Florida, Terry Jones yang mengancam untuk membakar 200 naskah al-Quran pada 11 September yang lepas. Walaupun akhirnya rancangan beliau itu telah dibatalkannya, tetapi ianya tetap dilakukan oleh beberapa individu yang lain.

Di Sydney, Australia, seorang peguam mengoyak naskah kitab al-Quran dan Injil sebelum membakarnya menerusi satu video yang disiarkan di laman YouTube. 

Tindakan itu dibuat sehari selepas Terry Jones mengugut untuk membakar kitab suci al-Quran itu di AS mencetuskan protes berdarah dan kutukan antarabangsa.


Malaysia juga tidak ketinggalan bersama-sama menyertai umat Islam diseluruh membantah dan mengutuk tindakan yang tidak jahat mereka itu. Sebagai seorang muslim kita bukan sekadar mempertahankan kitab suci al-Quran, malah kita juga mempertahankan kitab Injil, Taurat dan Zabur kerana ianya termasuk didalam Rukun Iman.   

Walau pun kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran telah banyak diseleweng  oleh paderi dan pendita mereka. Cuma yang membezakannya ialah kita tidak mengetahui ayat mana satu yang betul dan ayat mana yang telah diselewengkan.

Membakar kitab suci al-Quran adalah satu isu yang amat besar bagi umat Islam. Kerana itulah walau sejahil mana pun seseorang yang mengaku Islam bila al-Quran atau pun masjid dibakar, mereka akan bangun menentang. 

Bagaimana pula dengan orang yang mengaku Islam, tetapi mereka terang-terang menolak hukum yang terkandung didalam al-Quran? Mereka bukan sahaja menolak hukum malah mempermain-mainkan firman Allah s.w.t.

Kerana sikap pemimpin-pemimpin dan orang-orang yang mengaku sebagai umat Islam inilah  menjadikan al-Quran sebagai satu bahan bacaan sahaja. Sedangkan al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. bagi umat manusia adalah untuk menjadi pedoman dalam kehidupan.

Mereka (pemimpin negara umat Islam) amat marah apabila al-Quran dan Islam dihina oleh bukan Islam, sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. Jangan persalahkan kepada musuh-musuh Islam kerana mereka sememangnya adalah musuh nyata. Selagi para pemimpin negara umat Islam menolak apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., selagi itulah Islam akan terus dihina.

Apakah cukup hanya sekadar berbangga sebagai umat Islam, sedangkan al-Quran hanya dijadikan barang hiasan didinding-dinding rumah. Kerana sikap para pemimpin negara umat Islam yang berpaksikan ideologi sekularisme, sampai sekarang Masjidil al-Aqsa tidak dapat dibebaskan walau pun negara haram Israel dikelilingi negara-negara umat Islam.

Mereka bukan sahaja menolak al-Quran, malah mereka sendiri membunuh dan memenjara sesiapa yang cuba menegakkan hukum Allah s.w.t.  Bagi menyambung ideologi pemerintahan mereka yang bercanggah dengan Islam itu, berpuluh-puluh ribu pejuang Islam disekat, dibuang negeri, dipulau, dipenjara, diseksa dan dibunuh. 

Adalah amat memalukan bagi umat Islam apabila saudara (pemimpin negara umat Islam) mereka sendiri menjadi agen kepada musuh Islam.  Mereka menjadi boneka kepada Amerika dan Zionis sebagai penasihat kepada PM. Dibawah telunjuk Amerika, rakyat sendiri menjadi mangsa terhadap kerakusan pemimpin pemimpin.

Semuanya dilakukan secara terang-terangan kononnya untuk memerangi keganasan dalam usaha mengambil hati AS dan sekutu-sekutunya. Oleh itu, jika kita ingin melihat Islam disegani dan didaulatkan dibumi ini, kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Adalah menjadi kewajiban kepada kita sebagai seorang muslim menegakkan kebenaran. 

Sep 8, 2010

Bahaya Tattoo dan Tindik Tubuh


Qs.4 Nisaa':119. dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka, lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud RA, dia berkata:”ALLAH mengutuk orang-orang yang mentatu tubuh, orang-orang yang minta ditatu, orang-orang yang mencabut bulu mata, orang-orang yang minta dicabut bulu matanya, dan orang-orang yang merenggangkan gigi, untuk mendapatkan wajah (agar kelihatan menarik), yang mereka itu mengubah ciptaan ALLAH.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: Ucapan saya itu sampai kepada seorang perempuan dari Bani Asad yang bernama Ummu Ya’qub yang pandai membaca Al-Qur’an. Dia mendatangi Abdullah bin Mas’ud, kemudian bertanya:

”Apa maksud ucapanmu yang sampai kepadaku bahwa kau mengutuk orang-orang yang mentatu tubuh, orang-orang yang minta ditatu, orang-orang yang mencabut bulu mata, orang-orang yang merenggangkan gigi, yang semuanya itu mengubah ciptaan ALLAH untuk memperoleh wajah (menarik)?”.

Abdullah bin Mas’ud menjawab:”Mengapa aku tidak boleh mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah Muhammad SAW yang memang tercantum dalam kitab ALLAH Azza wa Jalla?”.

Perempuan itu berkata:”Aku telah membaca seluruh lembaran mushaf Al-Qur’an, tapi tidak aku temukan itu!”. Kata Abdullah bin Mas’ud:”Sungguh jika kau telah membaca Al-Qur’an pasti engkau menemukannya. ALLAH Azza wa Jalla berfirman (yang artinya):

“Apa yang disampaikan kepadamu oleh Rasul maka ambillah, dan apa yang dilarang oleh Rasul maka jauhilah.” (QS 59 Al-Hasyr:7).

Perempuan itu mengatakan:”Sekarang aku akan memeriksa isterimu apakah dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut!”. Kata Abdullah bin Mas’ud: ”Silahkan periksa!”. Kata Abdullah bin Mas’ud: ”Perempuan itu kemudian mendatangi istrinya tapi dia tidak melihat perbuatan terkutuk tersebut.

Kemudian perempuan itu datang lagi kepada Abdullah bin Mas’ud: ”Aku tidak melihat isterimu melakukan perbuatan terkutuk itu.” Kata Abdullah bin Mas’ud: ”Kalau isteriku melakukan perbuatan yang terkutuk itu, tentu aku tidak memperisterinya.” (Hadist Shahih Bukhari No.4866)

Qs.24 Nuur:54. Katakanlah: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, ...
Qs.4 Nisaa':80. Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah
Qs.3 Ali Imran:132. Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat.

Dan masih banyak lagi ayat lain yang memerintahkan kita agar taat pada apa yang dikatakan oleh Rasulullah Muhammad SAW.

Berdasarkan berita dari The Sun, seorang wanita di Caerphilly baru-baru ini meninggal karena keracunan darah selama dua hari setelah lidahnya ditindik.

Meskipun kisah-kisah menakutkan seperti ini sudah banyak kita dengar, sebanyak 14% penduduk di Amerika menindik tubuh mereka dan hampir seperempat memiliki tatu.

Bagaimana dengan bahaya tatu ini? Ada banyak. Dalam kajian yang dilakukan di England, sebanyak 95 % dari doktor telah melihat komplikasi membuat tatu.

Semua orang tahu tentang resiko hepatitis B dan C-dan mungkin bahkan HIV-dari jarum suntik. Akan tetapi, bagaimana risiko tersebut berhubung kait dengan seni tubuh ini.

Memang, tatu dan tindikan biasanya dikaitkan dengan orang yang tengah menjalani hukuman penjara dengan gigi patah dan berbagai aktiviti yang mengambil risiko seperti penyalahgunaan narkoba dan alkohol yang berkait dengan risiko HIV dan hepatitis. Namun, waktu telah berubah.

Anda harus tahu risiko yang harus ditanggung. Infeksi, contohnya, merupakan salah satu risiko yang harus dihadapi. Sebab, dilaporkan tetanus dan penyebaran zat beracun lainnya setelah "pengeboran"  lewat aksi piercing dapat membahayakan jiwa.

Kuman kecil yang berada pada jarum, dapat menyebar ke seluruh tubuh dan menyebabkan infeksi yang mengancam keselamtan jiwa. Bahkan, jika anda menghindari kuman, karya seni tubuh terbaru yang dibuat dari logam atau cat masih boleh mendatangkan bahaya.

Bengkak dan perdarahan adalah kesan yang umum dialami setelah piercing atau tatu. Piercing memakan masa yang lama untuk penyembuhkan. Selain itu, tindikan dan tatu dapat menyebabkan reaksi alahan berupa kemerahan, gatal, dan kekecewaan dalam bentuk pengharapan bahawa ia dapat menghabiskan wang untuk sesuatu yang lebih munasabah.

Tindikan pada telinga pula memberi kesan sampai ke tulang rawan, tindikan pada puting payudara juga dapat menginfeksi suatu implan, sedangkan tindikan pada lidah dapat merosakkan gigi.

Dilihat dari kesan terhadap kesihatan, tatu dapat menimbulkan risiko yang serius.

Menurut Dr. Sriyatti Sengkey, DK, ahli aesthetic, penggunaan jarum untuk tatu sering tidak disteril. Dan jika ini tidak diperhatikan, seni tatu boleh menjadi medium untuk penularan beberapa penyakit seperti hepatitis, penyakit kulit dan bahkan HIV.

Ramai orang juga yang tidak mengetahui kesan yang ditimbulkan oleh tatu. Kulit yang terkena tatu boleh membengkak dan terjadi infeksi, sementara kulit yang sudah terkena tatu sampai pada bagian dermis atau bagian paling dalam kulit, tidak dapat dikeluarkan lagi.

Seseorang yang menindik tatu pada kulit juga dapat terkena MRSA, penyakit kulit yang mematikan. MRSA merupakan jenis bakteria yang tumbuh berkembang melalui penindikan tatu. MRSA adalah jenis staphylococcus yang kebal terhadap methicilin. Penyebaran virus MRSA boleh di lihat dalam bentuk benjolan-benjolan kecil atau kulit yang meradang sehingga menyebabkan terjadinya masalah besar dan berbahaya seperti radang paru-paru dan barah darah.

Pada alat kelamin, jangan pernah mencuba untuk menindik ataupun mentato. Sebab secara semulajadi, pada alat kelamin terdapat pembuluh darah, saraf, dan saluran kencing, di mana semua ini adalah anggota tubuh yang sangat berisiko tinggi jika ditindik.

Bahkan, jika dilihat dari alkitab kristen pun, TATU ITU DILARANG. Ini ayatnya:

Imamat 19:28 Janganlah kamu menggoresi tubuhmu kerana orang mati dan janganlah merajah tanda-tanda pada kulitmu; Akulah TUHAN.

Islam sudah jelas melarang, Alkitab Kristen pun jelas melarang, apakah saudara saudari masih mahu melakukannya hanya demi citarasa dunia?

Untuk inilah Islam datang ke dunia, umat kristen merubah ajaran mereka, mereka mengatakan perjanjian lama telah dihapus, Tatu boleh dilanggar. Padahal sudah dibahas diatas jika hukum taurat tidak pernah dihapus setitik kecil pun oleh Nabi Isa SELAMANYA SAMPAI KIAMAT, TERTULIS JELAS DI KITAB MEREKA.

Islam kembali memurnikan ajaran yang hilang dari umat terdahulu.

Hal diatas jika dilihat dari kesehatan fizikal, bagaimana dengan pengaruh hati & jiwa?

JUSTRU DARI SEGI HATI & JIWA INI LEBIH BAHAYA DARI BAHAYA FIZIKAL DAN KESIHATAN.

Dari segi jiwa, dapat membahayakan kerana:

1. Dapat mengakibatkan sombong
2. Merasa lebih baik, lebih gagah, lebih cantik, lebih dari orang lain.
   
Iblis jatuh dari darjat pemimpin para Malaikat menjadi terkutuk kerana dirinya merasa lebih baik dari Manusia
Qs.38 Shaad:76. Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".

3. Mubadzir
4. Tidak menghargai diri, menyakiti diri
5. Ingkar pada perintah Allah
6. Tatu kadang kala berupa makhluk hidup yang jelas dilarang